Khidmat Selepas Jualan
Rangkaian lebih 40 buah cawangan perkhidmatan di seluruh Negara(Malaysia/ Singapore/ Brunie)
Perkhidmatan Kami:
• Pemasangan mesin
• Servis & pembaikpulihan
• Kontrak servis & penyelenggaraan
• Penghantaran percuma untuk pembelian aksesori-aksesori (Beg habuk, penapis, dan lain-lain)
Khidmat Selepas jualan & penyelenggaraan kami adalah berdasarkan penekanan kepada pelaksanaan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kerosakan teruk yang boleh menimbulkan kesulitan kepada para pelanggan. Oleh itu, kami menawarkan kontrak servis & penyelenggaraan untuk memastikan mesin sentiasa beroperasi pada tahap yang terbaik, dan memberi prestasi optimum dalam apa jua keadaan.
Dengan kontrak servis & penyelenggaraan, kami menawarkan servis profesional kepada pelanggan di lokasi mereka berada. Selain merekodkan pembaikan, pelanggan boleh menjimatkan masa dan kos di samping menerima khidmat juruteknik terlatih dan servis profesional kami pada kos yang rendah.
Bantuan Kerosakan:-
Kami membaiki pelbagai produk pengguna dan komersial daripada jenama-jenama yang kami pasarkan:
• Blöndal
• Lux
• Electrolux
• Städa
• All Turf
• Hydroguard
Perkhidmatan yang Pantas, Cekap dan Mesra:
Waktu perniagaan kami dari 8.30 pagi – 5.30 petang setiap hari, dan pasukan teknikal kami sentiasa bersedia membantu anda. Kami akan datang ke kediaman anda untuk memeriksa mesin anda; jika pembaikan diperlukan di pejabat teknikal kami, kami akan membawa balik mesin tersebut dan menghantarnya semula kepada anda apabila siap dibaiki. Tidak rumit, malah sangat ringkas dan mudah! Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, hubungi kami di 03 – 5569 1888 kami akan segera membantu anda.