
Kami ingin membantu para pelanggan kami meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Bolehlah dikatakan bahawa apabila anda mencuba mana-mana satu produk kami, anda menerokai cara hidup yang lebih sihat dan baik. Kepuasan pelanggan terjamin dengan produk-produk yang unggul serta komitmen kami.

Blöndal Städa mengedarkan rangkaian peralatan pembersihan industri dan komersial yang lengkap untuk pelbagai aplikasi. Peralatan ini diperolehi daripada jenama-jenama yang terkemuka di Switzerland, EU dan AS, dan terkenal dengan keandalan inovasi dan reka bentuk yang ergonomik.
Untuk kediaman dan bangunan komersial, Blondal Stada menawarkan rangkaian sistem vakum sepusat, iaitu produk yang terkandung di dalam Indeks Bangunan Hijau yang diterbitkan baru-baru ini.
![]()
Komited untuk menyediakan air yang selamat dan bersih kepada para pengguna, Hydroguard merupakan pemain utama dalam pembangunan dan pembuatan penapis air selama lebih 25 tahun – dari Aqua Guard, Penapis Air Dalam yang pertamanya di cipta untuk Electrolux, hinggalah ke loji-loji rawatan air untuk hospital, kilang dan restoran.

All Turf adalah pakar turf sintetik yang menawarkan rangkaian lengkap untuk penyelesaian turf sintetik yang bukan sahaja dihasilkan untuk memenuhi fungsi-fungsinya tetapi juga untuk bertahan lama; dari sistem turf sintetik prestasi tinggi hinggalah ke penyelesaian turf sintetik kos efektif yang realistik untuk landskap.