Ikon Kami
Ilham daripada warisan keluarga pengasas Blöndal sejak 1150 tahun lampau di Iceland, ikon beruang kutub melambangkan keteguhan semangat dan tekad syarikat untuk menerajui dan membimbing mereka yang di bawah naungan syarikat ke arah masa depan yang lebih baik.
Misi
Di Blöndal, misi kami adalah untuk menyediakan gaya hidup yang lebih sihat kepada para pelanggan, kakitangan dan mereka yang berada dalam komuniti kami. Kami melaksanakannya dengan membangunkan dan memasarkan produk mesra alam yang inovatif dan mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang ergonomik. Kami juga sentiasa berusaha untuk terus maju dalam penerokaan dan perkembangan teknologi baharu,tanpa meminggirkan keuntungan, demi memastikan kemakmuran bagi mereka yang telah menyumbangkan pelbagai usaha. Selain itu, misi kami adalah untuk memainkan peranan yang aktif dalam masyarakat secara keseluruhan.