Kenali kami
Dahulu dikenali sebagai Electrolux Malaysia Sdn Bhd pada tahun 1973 dan kemudian sebagai Lux Appliances (M) Sdn Bhd pada 1992, kami terkenal pada hari ini sebagai The Blöndal Group. Ditubuhkan pada tahun 1999, Blöndal Group hari ini mempunyai sokongan rangkaian jualan melebihi 1000 orang, dan lebih 40 buah cawangan di seluruh Malaysia dan Brunei untuk membekalkan perkakas rumah dan produk komersial yang bermutu tinggi.
Blöndal Group diterajui oleh Gunnar Broberg. Pada tahun 1972, ibu pejabat Electrolux mengarah beliau dengan satu misi: “Pergilah ke Timur, anak muda, dan carilah rezeki di pasaran Asia”. Sejak itu, berusahalah Gunnar untuk memperluaskan ruang niaga Syarikat dari sebuah syarikat pengedar kecil di Singapura dan terus berkembang maju sebagai syarikat gergasi ke seluruh Asia.
Dengan pengalaman kerjaya beliau selama 35 tahun di Asia, Gunnar sangat arif dengan budaya tempatan dan selok belok perniagaan di Malaysia. Mempunyai ramai kenalan yang lama terjalin sejak dulu, beliau memiliki rangkaian pengaruh yang cukup mantap dan mampu merealisasikan kejayaan. Dengan kedinamikan beliau, Blöndal berjaya mengukir nama sebagai pemain utama di pasaran.